Asma Allah

Wednesday, February 22, 2012

Point penting about marriage..tentang suami&isteri



Bila diberi sedikit sharing oleh Allah melalui asbab saudara2 seIslam yang mengadu dan bercerita tentang permasalahan rumahtangga yang dihadapi, antara sedikit analisa yang dapat saya buat based on issues come to me ialah :-

Untuk bahagia, suami perlu cari jalan AGAMA (ISLAM of course inshaAllah).....dan perlu bawa seluruh ahli keluarga ke jalan agama dari sekecil-kecil item hinggalah sebesar-besar item. dan, suami je ke kena main peranan? Of course not. sebab MANAGER kat rumah bukan suami, tapi isteri..manager macam kat company ke yang duduk kat kerusi besar tu? Bukan la...ni pengurus, iaitu orang yang menguruskan hal rumahtangga semasa suami keluar cari sesuap nasi ialah isteri. Dia urus makan pakai suami dan anak2, dia yang urus anak gi skolah, dia yang urus kekemasan dan kecantikan rumah, malah sometimes, isteri la pengurus akaun dan kewangan yang paling bijak & sistematik..ini kelebihan yang Allah berikan kepada orang perempuan.Dan ini juga garis panduan yg Allah bagi, iaitu orang laki cari rezeki sementara orang pempuan duk umah jaga keperluan rumahtangga.cuma apabila kita sudah tersasar sikit dari track sebenar, kita tak boleh lari, tapi kena facing the risk. iaitu kita kena tune, walau isteri pun bekerja, tapi urusan rumahtangga tak terabai.



Masalah timbul ialah apabila, 1) Suami ada belajar agama, tapi tak amal. Kalau amal pula, tak bawa anak bini bersame ikut jalan agama. 2) Isteri bekerja dan ada duit sendiri, pride lebih tinggi dari isteri yang tidak bekerja dan bergantung kepada suami. Isteri yang belajar tinggi, kurang taat kepada suami berbanding isteri yang belajar rendah. dan jika isteri ada income sendiri, ada kereta sendiri, boleh bergerak ke mane2 sendiri, dia akan rasa tanpa suami pun dia boleh hiduplah..jadi di sini titik mula nye retak rumahtangga. iaitu bila isteri rasa dia boleh buat keputusan sendiri dan tak perlukan campurtangan seorang lelaki dalam keputusan2 dia. sedangkan Allah pula dah tetapkan, nak keluar rumah pun seorang isteri kena minta izin suami. hmm....nampak kan percanggahan kita dengan Allah.

Kenapa banyak argument dalam rumahtangga? Suami seorang yang ego, atau isteri yang rasa tidak cukup dengan apa yang ada? Pendapat saya yang saya bagi berdasarkan contoh rumahtangga yang sangat bahagia, bukan suaminya baik sangat, suaminya biasa2 je, tapi isterinya SANGAT PENYABAR dan SANGAT PATUH..sangat tidak meminta material dari suami. dan sangat menjaga aib suami. dan sangat juga menjaga maruah diri sendiri. dan mendidik anak2 dengan didikan ISLAM.


Bodohkah atau naif kah seorang isteri macam ni? Bagi saya, tidak. Sebab syurga isteri terletak pada redha suami terhadap dirinya. Jadi conclusion yang dapat saya buat, Rumahtangga yang bahagia, adalah apabila suami berada di jalan agama, dan mempunyai seorang isteri yang sangat cantik(iaitu bidadari dunia). Bukan cantik luaran, tapi cantik dalaman. perempuan macam ni, dalam 10,000 orang, belum tentu dapat jumpa sorang. Sebab dia adalah calon KETUA BIDADARI SYURGA..

Maaf atas penulisan ini yang tidak berniat menyinggung sesiapa. Saya suka share untuk peringatan saya sendiri yang dhaif lagi hina. Semoga sesiapa sahaja yang sudah berumahtangga, bersyukur atas hadiah dari ALLAH, sebab 50% dari agama nya sudah complete, tinggal nak cari 50% je lagi inshaAllah...sayangkan pasangan bukan kerana makhluk (makhluk ni suami,isteri,anak2,rumah,duit,rupa,harta,kereta,dsb) tapi sayanglah pasangan anda kerana ALLAH.Kerana CINTA itu hanyalah milik mutlak ALLAH, dan Dia tak suka didua-duakan dengan makhluk.CINTA MUTLAK ITU MILIK ALLAH..
 
 

No comments: