Asma Allah

Sunday, March 18, 2012

DOA ISTIQAMAH

Doa Rasulullah SAW di akhir solat, sebelum salam:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari sebarang jenis dosa dan bebanan hutang”.

Doa memohon agar ditetapkan iman (di akhir solat dll)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”

Doa memohon agar terus beristiqamah

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”.

Doa Mohon Tetapkan Pendirian

اللَّهُمَّ ثَبِّتْنِيْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآَخِرَةِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, Teguhkan aku dengan perkataan yang teguh di dunia (La ilaha illallah) dan di akhirat (sewaktu disoal dalam kubur).


Tuesday, March 6, 2012

Orang Asing itu..


Bukanlah orang asing itu mereka yang terpisah dari negeri mereka, dan mengucapkan selamat tinggal.

Tapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia di sekeliling asyik bermain-main

Dan tetap berjaga ketika manusia di sekeliling asyik tidur dengan lenanya.

Dan tetap mengikuti jalan lurus dikala manusia dalam kesesatan tanpa arah.

Dan betapa benarnya sebuah syair ketika ia berkata,
Berkata kepadaku seorang sahabat,
'Aku melihatmu sebagai orang asing. Di antara orang banyak ini engkau tanpa teman.
Maka aku berkata , 'Sekali-kali tidak! Bahkan orang yang banyak itulah yang asing, sedang aku berada di kehidupan dan inilah jalanku.'

Inilah orang asing itu. Asing di sisi mereka yang hidup sia-sia di antara manusia

Tetapi di sisi Rabb-nya, mereka berada di tempat yang mulia.

Ghurabaa

Ghuraba - Lirik Nasyid



Salamullahi'alaikum...


غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
-------------------------------------------------


إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever

لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world

فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
-------------------------------------------------

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
-------------------------------------------------

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants

نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

The Prophet SAW said:
"Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"

Monday, March 5, 2012

Adab-adab menuntut ilmu

1
Menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.

Jiwa yang bersih

2
Para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).
Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.


3
Para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.

4
Orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.

5
Seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.

6
Tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.


7
Seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.

8
Seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada umat manusia.

9
Para plajar perlu b'sikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)

10
Setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.

Imam al-Ghazali  Kitab Ihya' Ulumuddin

Taalim Masturat 040312

Kali ke-3 menghadiri Taalim Masturat di Sri Petaling. menariknya kali ni dapat berkenalan dengan seorang kawan baru yang asalnya dikenali melalui facebook..Alhamdulillah. benda yg saya pelajari daripada my new friend ni ialah, untuk menuntut ilmu agama dengan lebih mendalam, kena berguru. dan antara ustaz yang disebut ialah Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman dan Ustaz Zulkifli (sedang mencari lagi ustaz zulkifli mana satu.hehe). kawan saya kata, menuntut ilmu ni ada adab nya, jadi kena jaga adab.

Taalim Masturat berjalan seperti biasa, cuma rezeki saya hari ni ialah saya sudah dapat membeli Kitab Fadhilat Amal dan Muntakab Ahadith yang selalu digunakan untuk taalim..

Solat Sunat Tasbih

Wasiat Kelapan Nabi s.a.w. (Kelebihan Solat Tasbih)
Ikrimah daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib yang bermaksud :

"Wahai Abbas pamanku. Apakah engkau suka aku memberi hadiah istimewa yakni kuajarkan sepuluh macam perbuatan yang dapat menghapus dosa? Apabila paman mengerjakannya Allah akan mengampuni dosa-dosamu, yang awal atau yang akhir, yang lama atau yang baru, yang disengaja maupun tidak sengaja, yang kecil atau yang besar, yang tersembunyi atau pun yang nampak.
Sepuluh perkara tersebut iaitu bahawa engkau solat empat rekaat, setiap rekaat engkau baca al-Fatihah dan sebuah surah. Apabila engkau telah membaca dalam rekaat pertama,tetaplah engkau dalam keadaan berdiri dan bacalah subhanallah wal hamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Agung) sebanyak lima belas kali, kemudian ruku' dan bacalah kalimah tersebut sepuluh kali semasa dalam keadaan ruku', kemudian engkau bangun dari ruku' dan bacalah kalimat itu sepuluh kali kemudian turun untuk sujud dan bacalah sepuluh kali semasa engkau dalam keadaan sujud. Apabila bangun dari sujud bacalah sepuluh kali kemudian engkau sujud dan bacalah sepuluh kali selepas itu engkau bangun dan bacalah sepuluh kali. Maka kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima dalam setiap rakaat. Kerjakanlah kesemuanya dalam keempat rakaat.
Apabila engkau mampu mengerjakan solat tasbih setiap hari satu kali maka kerjakanlah. Apabila tidak mampu kerjakanlah seminggu sekali. Apabila tidak mampu, lakukanlah sebulan sekali. Apabila engkau tidak mampu juga, kerjakanlah setahun sekali. Jika engkau tidak mengerjakannya, lakukanlah sekali sahaja semasa hidupmu."

(Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)



CARA-CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TASBIH

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.

KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

NIAT


أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.


TASBIH YANG DIBACA
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL TASBIH
1. 4 Rakaat 2 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat
15
JUMLAH
150 X 2 = 300
 

2. 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Slps Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Awal
15
Selepas Tahiyyat Awal
15
Sesudah Fatihah Rakaat 3
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas Fatihah Rakaat 4
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Akhir
15
JUMLAH
300


DOA SOLAT TASBIH

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

Solat Sunat Tasbih

Bila seorang hamba Allah memberitahu dia amal solat sunat Tasbih sekali seminggu, den terpaku jap..lupe la bila last solat tasbih ni. rasanye dah few years la tak buat. dan tak tahu banyak rupenye kelebihan solat sunat tasbih ni..so dengan tak puas hati nye sy interbiu la orang lain lak.bila kamu last buat sunat tasbih?dia jawab,birthday nya ari tu,which is baru2 je jugak..aish, geram sungguh ngan... orang2 bagus ni.kadang2 tak terkejar la dorang ni..tapi takkan nak suruh org yg perlahankan movement kan.mestila kita yg kena push up ourself to be more rajin beribadah then before..so, inshaAllah will try my best untuk laksanakan solat sunat Tasbih also on my birthday..

hehe.b'diri sama tinggi duduk sama rendah dgn orang takpe, skurang2 rasa tak terlalu ketinggalan utk follow org2 alim ni masuk syurga. asalkan tak tertinggal jauh nau, nanti tak sedap ati la, dah la malaikat maut ni minat sgt kat sy sampai tiap2 ari datang jenguk.arap2 tak mati le sebelum bekalan cukup.
Kat kubur nanti, duit,org2 yg kita sayang, bos2 ku yg slalu rate my kpi, kete ksayangan ku, kerusi ku di office, malah facebook ni pun tak dapat nak tolong sy lg da, amal ibadah je la yg sudi temankan sy nanti. kalau orang2 baguz ni boleh merajinkan diri untuk tunduk bangun sujud menyembah Allah, apa kekurangan sy untuk sy berkata tak boleh buat kan? Islam bukan paksaan bg orang bukan Islam, tapi it will be a must when we swear we're Muslim..inshaAllah

Bersederhana itu adalah galakan dalam Islam

 
Sedang beriktikaf secara sdn.bhd di sebuah masjid yg agak sy gemari b'hampiran Subang Parade.apa yg menarik nya tak tahu, tapi masjid lama ni memang diminati,rasa tenang..tibe2 ada sorang dwasa awal 50an maybe,menegur seorang lelaki late 20 i think, kerana solat dan lepak dlm masjid dgn b'seluar pendek,bawah sikit je dari lutut.
 
 
 Rasanya bukan melayu, chinese look and speak english.then dia bangun ...beralih duduk di sudut lain lepas 2org datang menegur dgn suara yg sedikit kuat. Mula2 rasa mcm betul org2 ni menegur atas rasa hormat pd masjid, tapi bila mamat ni beralih dan bersandar tepi dinding masjid lg, rasa mcm dia sedang bagi masa untuk dirinya mengenal Allah. Dan maybe ada ketenangan juga yg dia sedang cari.tapi bila kali ke2 dia ditegur lagi, dia minta maaf dan keluar dari masjid.mungkin at one time, betul org yg menegur.
Mencari sebuah ketenangan
Tapi jika dipandang dari sudut lain, cara tegur tu boleh membuatkan org yg baru nak kenal Islam jadi jauh dari Islam,org yg baru nak berjinak dgn masjid, jadi tak berani datang masjid.bagi saya, tak apa dia dtg dgn suar pendek, lagipun maseh tutup lutut, skurang2 dia solat dan solat di masjid,dari org yg xminat langsung.org Islam kita ni samada buat tak tahu terus, atau terlalu fanatik hngga menyinggung.
apa yg betul?yang betul ialah bersederhana dalam segala hal.
 
 
yang paling mulia akhlak ialah Prophet Muhammad pbuh, tapi yg paling merendah diri di hadapan orang juga Muhammad ya Rasul Allah.orang tertarik kpd Islam,bukan dgn kekasaran Nabi saw,tapi kemuliaan,kelembutan dan jiwa besar Nabi Muhammad saw.itulah cantik nya the real Islam.
 
Nabi Muhammad saw berjiwa lembut dan penyayang