Asma Allah

Monday, February 27, 2012

My beauty day-Ta'alim Masturat

Bismilllaahirrahmaanirrahim...
My beauty day:-Ta'alim Masturat
Weekend lepas saya berkesempatan membawa seorang adik ke Sri Petaling untuk mengikuti ta'alim masturat . Taalim masturat ni biasanya dihadiri oleh isteri-isteri karkun (karkun ni lelaki Muslim yang mengikuti jemaah Tableegh).dah hampir 3 tahun saya cuba mencari jemaah masturat ni tapi sebab takde channel nya, saya pendamkan hasrat..dan Alhamdulillah selepas Allah temukan dgn kakak angkat saya, maka jalan terbuka untuk saya join taalim masturat ni (sebab kakak angkat ku seorang isteri karkun). Masturat dibuat di rumah seorang ahli jemaah perempuan area sri petaling tu juga. Taalim ni maksudnya lebih kurang belajar atau ambil tahu. Majlis ilmu ni boleh dihadiri oleh semua kaum perempuan tak kira siapa pun dia..dan apa yang saya suka ialah isteri2 karkun ni almost 100% berniqab dan pakai all in black inshaAllah..dan disebabkan minat saya yang makin mendalam dalam pemakaian niqab ini lah saya mendekati diorang. kenapa saya minat niqab? Selain mendapat hidayah dari Allah, it is also a sign of taqwa and Mustahhab (Mustahhab means recommended, but not obligatory. You will be rewarded if you do it, but not punished if you leave it. In the Fiqh terminology it is sometimes substituted with the word "Mandub" and when derived directly from the Prophetic ahadith it is called a "Sunnah"). Pemakaian niqab/purdah tidak wajib bagi Mazhab Syafi'e, tapi sebab selepas buat kajian(about 2years), saya mendapati isteri Rasulullah saw mengenakan niqab (the face veil)..jadi sebab nak cuba mengikuti sunnah Nabi, dan mencintai juga akhlak Ummul Mukminin Aisyah r.a, so i crossed the world dan mengetepikan segala keluh-kesah di sekeliling yang mempunyai pelbagai pandangan mengikut iman masing-masing, dan saya stick with my own view about niqab.

The beauty of Muslim Woman
Walau di Malaysia ramai yang tak meminati malah mengecam fahaman jemaah tableegh dan juga tak bersetuju dengan pemakaian niqab, tapi saya rasa, selagi saya takde hutang dengan diorang, jadi saya tak kisah apa orang nak kata atau fikir. yang penting deeply in my heart, I know Allah loves me to wear niqab. tentang jemaah tableegh pula, saya punya pendirian, saya tak anti dengan mana-mana pihak dan juga tidak fanatik, saya boleh join mana-mana aktiviti pun selagi tak bercanggah dari syariat agama Islam, cuma saya rasa senang dengan jemaah tableegh ni sebab mereka usaha untuk hidupkan sunnah Nabi dalam setiap rutin hidup mereka..mungkin ada kelemahan di mana-mana sebab selagi bernama manusia, memang akan ada kekhilafan atau kesilapan yang akan dibuat. tapi selagi kita cuba mengikut Qur'an dan sunnah, Allah akan guide kita ke jalan yang diredhai Nya, cuma kena yakin dan selalu bersangka baik dengan Allah la. sebab Allah bertindak mengikut persangkaan hambaNya.

I am Muslim..and am so proud to be a Muslim Alhamdulillah!
Untuk melihat Islam sebenar, jangan lihat amalan orang Islam Malaysia, sebab orang kita yang solat pun 20% sahaja mengikut kajian yang pernah dibuat oleh Jabatan Agama Islam. Nak tengok culture Islam di tanah Arab, tanah kelahiran Nabi saw sendiri pun saya sudah tak yakin, sebab mereka sudah jauh juga menyimpang  dari Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Jadi dalam keadaan samar-samar mencari siapa yang saya boleh ikut, parti politik mana yang boleh saya sokong, dan cara hidup macamane yang patut saya amalkan, jadi saya mula nampak, kalau nak Islam yang sebenar, jangan pandang zaman moden ni, sebab manusia dah banyak yang hanyut oleh kemodenan,, tapi pandanglah ke belakang, iaitu semasa zaman Rasulullah saw dan para sahabat, zaman kebangkitan Islam...look back to see the people follow AL-QURAN and SUNNAH inshaAllah..jadi jangan hairanlah apabila ramai tidak setuju dengan apa yang kita buat, sebab umat Islam akhir zaman ni seperti buih-buih air di lautan banyaknya, tapi yang betul-betul mengikut Quran dan sunnah itu tidak ramai. jadi dengan penuh keyakinan saya ingin memberitahu, saya tidak follow sesiapa , tapi saya follow Quran dan sunnah. dan saya tidak dimiliki oleh sesiapa, kerana Pemilik saya ialah Allah Rabbul Alaamin..

Umat Islam akhir zaman ni seperti buih-buih air di lautan banyaknya
Kakak angkat cakap, nak tahu apa yang Al-Qur'an bagitau, tengoklah Rasulullah saw.. Jika kita beli new equipment, of course akan ada manual book cara-cara menggunakan equipment tu kan. So manual manusia apa dia? Al-Qur'an lah manual kita, SOP kita, Work Instruction kita..macamane nak jalani kehidupan kat muka bumi ? rujuklah Al-Qur'an&Al-Hadith..Allah bagi kita role-model untuk kita lihat sendiri tatacara atau prosedur yang betul untuk menjadi seorang hamba Allah dengan menganugerahkan kita seorang Nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad saw..jadi walaupun berbalam-balam line depan kita, berpusing-pusing track kita, bertukar-tukar pemandangan sekeliling kita, berpusu-pusu orang lalu-lalang depan kita, masa bergerak laju tak sempat kita kejar,, jangan risau, sebab kita bawa bersama kita Quran dan sunnah, ikut je dua perkara itu dengan penuh keyakinan, inshaAllah sampailah kita ke destinasi yang dituju iaitu kampung akhirat..

Al-Quran&Sunnah is our manual
Selepas ke ta'lim masturat saya dan adik yang saya bawa singgah sebentar di rumah kakak angkat berhampiran masjid sri petaling. Alhamdulillah rasa tenang dan sejuk bila memasuki rumahnya. Mungkin keberkatan dalam rumah tu yang buatkan suasana sejuk, selain air-cond le..dan kagum juga melihat sebuah rumah orang yang berjawatan tinggi dan berpangkat, tetapi sangat simple rumahnya, tak dipenuhi perabot mahal tapi penuh dengan buku-buku dan perabot yang simple untuk keperluan sahaja. kata-kata kakak yang saya quote ialah, buat apa pakaian banyak-banyak pakailah apa yang ada. kalau banyak sangat pakaian pun Allah soal nanti dengan pembaziran kita. Pinggan mangkuk kat dapur pun guna je semua buat apa nak simpan-simpan dalam kabinet. rumah dia terbuka untuk aktiviti jemaah..kat dalam rumah untuk perempuan dan kat luar untuk orang lelaki. dalam bilik anak-anak pun guna tilam je takde katil-katil empuk. saya rasa senang dengan suasana macam ni. sebab susah nak jumpa. biasa nya kalau saya kenal orang berpangkat dan berharta , rumah besar kereta besar tersergam indah, pakaian pula bertimbun-timbun banyak dan perabot-perabot mahal biasanya akan menghias rumah,,sesuai dengan kemewahannya..cara bercakap pun biasanya takkan lari dari menceritakan kehebatan dan kemewahan yang ada..lupa semua tu pinjaman smentara dari Allah. dan lupa atau tidak amik tahu bahawa ada hak orang lain dalam harta-harta yang bertimbun itu.

Afghan Girl
Kakak juga menceritakan kat berhampiran madrasah ada sebuah rumah besar milik hartawan. dia salah seorang yang menyumbangkan pembangunan madrasah. tapi ada orang pernah terserempak dia sedang mencuci toilet surau. Subhanallah! Menitis air mata ler..kita ni gaji ciput je tapi angkuh dan sombong dengan Allah. Jarang bersyukur dengan Allah. nak ke masjid pun jarang apa lagi nak cuci toilet masjid.

Cintailah rumah Allah..jadikan juga rumah-rumah kita seperti
cawangan masjid dengan mengadakan taalim,zikir dan solat-solat sunat..
Dan sebelum balik juga my new friend (anak ke2 kakak angkat saye) hadiahkan sebuah buku, contengan Jalanan Hlovate. belum dapat kupas lagi isi kandungan nya sebab baru mule baca semalam. but thanks so much to all these good, nice and warming people for cheer up my day with Allah blessing.

A gift from my new friend, Dalila.thanks so much:)
Hari ini juga(Sunday 26th Feb 2012) adalah hadiah kecil dari saya untuk adik Hadira. lepas ni mungkin dah susah nak jumpe dia sebab dia dah nak balik kampung Perak..tapi rasa gumbire dapat gembirakan nye:) Alhamdulillah Allah berkati harinya dengan menghadiri majlis ilmu yang inshaAllah ditemani oleh para malaikat yang berkejaran datang dengan sayap menebar luas sampai ke arasy, untuk ikut serta dalam majlis ilmu.

Dan dari jauh rumah-rumah yang mengadakan majlis ilmu
bersinar bagai bintang-bintang di langit Subhanallah..

Wednesday, February 22, 2012

Perjalanan ku mengenal Allah


Masa zaman blajar dulu, zaman hepi2, zaman ramai kawan2 yg best2, zaman tak banyak masalah kecuali takut nak menghadapi exam jer la..tapi entah nape selalu jer klu time susah hati nak exam, bila berjalan sorang2 kat tasek guthrie (sintok), banyak kali bertembung dgn org pempuan pakai tudung labuh, bagi salam sambil senyum kat kite.. masa tu rasa sejuk nye hati tgok diorang, mmg rasa mcm Allah mene...gur kita mlalui hambanya tu. kita pun tersipu2 la malu sambil menjawab salam(maklum la ms tu tgah rock2 brutal lagi, malu ler kat org2 muslimah ni).tapi senyuman dan salam diorang buat sy rasa hepi sepanjang la ari tu..banyak kali la jgk benda ni berlaku. masa tu tak terfikir pun nak pakai tudung besor2 ni..tapi sapaan2 dari Allah ms zaman blajar dulu, rupenye Allah sedang mengajak sy utk mengenal Nye dgn lebih dekat dan seterusnye jatuh cinta pd Nya, satu-satunye kekasih yg Maha Hebat, Maha Agung, Maha Dasyat! percintaan yg tiada tukar ganti lagi..no replacement, no sad, no hurt, no frust....
cuma skrg ni plak benda yg sama berlaku klu jumpe org pakai niqab/purdah plak. tgok para niqabi ni, rasa cam nak gi duduk dekat je dgn diorang, rasa nak interview diorang, sejak bila pakai niqab? orang boleh terima ke? kerja ape, time keje boleh pakai niqab ke? heheheh.tapi takkan ler nak buat cam tu kan.nnti nampak terhegeh2 lak.so jeling menjeling jer la dari jauh, di sudut hati rasa berkenan ler dgn diorang..
jadi yg sy nampak, klu seseorang dah mule jatuh cinta dgn Allah, tipu kalau dia kata dia cinta Allah tapi dirinya tak tehijab..sbb bila dah mule rasa jatuh cinta kat Allah ni, rasa sayu bila mengadap Dia tu lain macam je..kita akan rasa kita berpakaian bukan utk orang tengok, tapi sbb nak Allah suke kite..masa tu da tak rasa panas da pakai banyak lapis pun, sbb tahu kt buat kerana Allah bkn lagi utk nampak cantik di mata manusia..
cume perjalanan setiap org tu lain..ada orang mencari Allah baru dapat, dan ada orang diberi hidayah tanpa dia sedar..jadi, janganlah kita menjadi orang yg tak dihiraukan Allah..kalau rasa kita tak terpilih lagi utk dapat hidayah, maka kejarlah cinta Allah..sekali hati kita terdetik utk sayang Dia, Dia dah ada dekat da dgn kita..tap pecaye, cube la sendiri..
kisah di atas adalah pengalamanku mengenal Allah..tapi banyak sgt lagi yg masih tak ok. citer di atas tiada niat lain, hanyalah utk mengingatkan diri sndiri je supaye sentiasa cintakan Allah..




Dunia dan akhirah..

 
 
Assalamualaikum wbt..dalam seminggu ni saya rasa susah hati,risau dan sedih.macam2 ada di fikiran.fikir masa depan la,fkir hari esok la,fkir kampung la,sakit mata ngadap pc la,susah ati xdapat attend kenduri kawan rapat la,boring dgn kerja la, fikir servis kete la,fikir bisnes la,fikir rmh la,fkir jadual lepas blk kerja la..mcm2 bercelaru. Tak tersusun benda dalam kepala.jasad statik je tapi kepala serabut..jadi, hanya Allah la my turning point. doa,doa dan doa. Supaya hati tenang.
 
 
 
Tibe2 dlm duk risau yg entah ape2 ni, datang sorang staf, mengadu anak nye umur 3tahun jantung b'lubang, isteri pula baru meninggal, gaji ciput je dah kerja bertahun2 tak sampai 1500.cost rawatan anak cecah 50k di IJN. Perlukan wang segera utk selamatkan anak yg makin hari makin menyusut badan.. SUBHANALLAH.. rase pilu je..baru terjaga dari lamunan yg sia-sia. Saya susah hati tentang macam2 hal remeh, saya lupa nak syukur nikmat kesihatan yg Allah bagi,lupe dalam kita tak tenang fikir masalah yg bukan masalah pun, ada orang lain yg the choice only live or death.,yg mengira saat bukan bulan/tahun mcm sy, yg tunggu gaji utk menyambung nyawa, yg melihat jam je mengira degup jantung,yg fikir hari esok je fikir kehilangan insan tersayang.orang yg celik mata je sudah dalam kesenangan,akan takut menghadapi kesusahan dan counting for an increasing of life, sedangkan orang susah,orang miskin, bukan mengira kesusahan hidup apalagi takut untuk susah, tapi berusaha untuk meneruskan hidup,counting for a live.
 
ABU DZAR AL GHIFARI : Dunia ini hanya 3saat : 1 saat telah lewat, satu saat sdang kau jalani dan 1saat lagi engkau tidak tahu lagi samada sampai atau tidak.oleh itu, apa yg engkau miliki hanya 1 saat, kerana maut itu datang dari saat ke saat.-Wasiat Imam Ghazali

Point penting about marriage..tentang suami&isteri



Bila diberi sedikit sharing oleh Allah melalui asbab saudara2 seIslam yang mengadu dan bercerita tentang permasalahan rumahtangga yang dihadapi, antara sedikit analisa yang dapat saya buat based on issues come to me ialah :-

Untuk bahagia, suami perlu cari jalan AGAMA (ISLAM of course inshaAllah).....dan perlu bawa seluruh ahli keluarga ke jalan agama dari sekecil-kecil item hinggalah sebesar-besar item. dan, suami je ke kena main peranan? Of course not. sebab MANAGER kat rumah bukan suami, tapi isteri..manager macam kat company ke yang duduk kat kerusi besar tu? Bukan la...ni pengurus, iaitu orang yang menguruskan hal rumahtangga semasa suami keluar cari sesuap nasi ialah isteri. Dia urus makan pakai suami dan anak2, dia yang urus anak gi skolah, dia yang urus kekemasan dan kecantikan rumah, malah sometimes, isteri la pengurus akaun dan kewangan yang paling bijak & sistematik..ini kelebihan yang Allah berikan kepada orang perempuan.Dan ini juga garis panduan yg Allah bagi, iaitu orang laki cari rezeki sementara orang pempuan duk umah jaga keperluan rumahtangga.cuma apabila kita sudah tersasar sikit dari track sebenar, kita tak boleh lari, tapi kena facing the risk. iaitu kita kena tune, walau isteri pun bekerja, tapi urusan rumahtangga tak terabai.



Masalah timbul ialah apabila, 1) Suami ada belajar agama, tapi tak amal. Kalau amal pula, tak bawa anak bini bersame ikut jalan agama. 2) Isteri bekerja dan ada duit sendiri, pride lebih tinggi dari isteri yang tidak bekerja dan bergantung kepada suami. Isteri yang belajar tinggi, kurang taat kepada suami berbanding isteri yang belajar rendah. dan jika isteri ada income sendiri, ada kereta sendiri, boleh bergerak ke mane2 sendiri, dia akan rasa tanpa suami pun dia boleh hiduplah..jadi di sini titik mula nye retak rumahtangga. iaitu bila isteri rasa dia boleh buat keputusan sendiri dan tak perlukan campurtangan seorang lelaki dalam keputusan2 dia. sedangkan Allah pula dah tetapkan, nak keluar rumah pun seorang isteri kena minta izin suami. hmm....nampak kan percanggahan kita dengan Allah.

Kenapa banyak argument dalam rumahtangga? Suami seorang yang ego, atau isteri yang rasa tidak cukup dengan apa yang ada? Pendapat saya yang saya bagi berdasarkan contoh rumahtangga yang sangat bahagia, bukan suaminya baik sangat, suaminya biasa2 je, tapi isterinya SANGAT PENYABAR dan SANGAT PATUH..sangat tidak meminta material dari suami. dan sangat menjaga aib suami. dan sangat juga menjaga maruah diri sendiri. dan mendidik anak2 dengan didikan ISLAM.


Bodohkah atau naif kah seorang isteri macam ni? Bagi saya, tidak. Sebab syurga isteri terletak pada redha suami terhadap dirinya. Jadi conclusion yang dapat saya buat, Rumahtangga yang bahagia, adalah apabila suami berada di jalan agama, dan mempunyai seorang isteri yang sangat cantik(iaitu bidadari dunia). Bukan cantik luaran, tapi cantik dalaman. perempuan macam ni, dalam 10,000 orang, belum tentu dapat jumpa sorang. Sebab dia adalah calon KETUA BIDADARI SYURGA..

Maaf atas penulisan ini yang tidak berniat menyinggung sesiapa. Saya suka share untuk peringatan saya sendiri yang dhaif lagi hina. Semoga sesiapa sahaja yang sudah berumahtangga, bersyukur atas hadiah dari ALLAH, sebab 50% dari agama nya sudah complete, tinggal nak cari 50% je lagi inshaAllah...sayangkan pasangan bukan kerana makhluk (makhluk ni suami,isteri,anak2,rumah,duit,rupa,harta,kereta,dsb) tapi sayanglah pasangan anda kerana ALLAH.Kerana CINTA itu hanyalah milik mutlak ALLAH, dan Dia tak suka didua-duakan dengan makhluk.CINTA MUTLAK ITU MILIK ALLAH..