Asma Allah

Tuesday, June 1, 2010

Dia kah Mujaddid Kurun Ini?

Berjihad Bukan nya Membunuh!
Berjihad membunuh musuh
bukan lah yg utama

mengalahkan musuh dengan
mengIslamkan mereka lebih mulia..
Rasulullah saw pernah bersabda..
"Aku tidak mahu membinasakan mereka,
kerana aku mengharapkan zuriat-zuriat
di dalam sulbi mereka yg akan menerima Islam."
Tujuan berjihad sebenarnya
Untuk mengajak manusia masuk Islam
Mengajak mereka menyembah
Tuhan dan membesarkanNya
Mencinta, menyanjung, memuja
dan menjadikan Tuhan sebagai idola
Membunuh itu kecuali
tidak dapat dielakkan



Mengapa umat Islam berjihad
dengan suka membunuh
Mengapa tidak diusahakan
agar mereka masuk Islam
Mengapa umat Islam hendak sgt
mengalahkan musuh2 dgn senjata
Tetapi tidak bersungguh2
membaiki diri menjadi senjata!?



Bermujahadah melawan
hawa nafsu pun tidak ada
Membersihkan jiwa dari
mazmumah, apatah lagi tiada
di dalam kamus perjuangan mereka
kerana itu seluruh
perjuangan Islam
belum mendapat kemenangan
Senjata yg paling utama
dalam perjuangan diabaikan
Iaitu berusaha membaiki diri dan
berusaha memiliki sifat taqwa
Taqwa dlm Islam adalah aset utama
ia adalah sumber rezeki,
sumber bantuan


Dan sumber KEMENANGAN.



ASHAARI MUHAMMAD
(Dipetik dari buku,"Diakah Mujaddid di Kurun Ini?")

No comments: