Asma Allah

Friday, June 25, 2010

Allah..


ALLAH SWT YANG MAHA MEMELIHARA SETIAP SESUATU MAKHLUK2 CIPTAAN-NYA DI 7PETALA LANGIT & 7 PETALA BUMI

ALLAH SWT YANG MAHA..MENTADBIR SEKALIAN ALAM INI.



ALLAH SWT YANG MENJADIKAN MALAM DAN SIANG.



ALLAH SWT YANG MAHA MENGHIDUP DAN MEMATIKAN.



TIDAK AKAN BERGERAK APA JUA DI ATAS MUKA BUMI INI MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH SWT.



ALLAH SWT YANG MAHA MEMBERI REZEKI KEPADA SETIAP MAKHLUK2 CIPTAAN-NYA DAN BERTANGGUNGJAWAB MENJAMIN REZEKI SETIAP MAKHLUK YANG DI LANGIT DAN DI BUMI.



SEMUA KITA ADALAH MAKHLUK YANG LANGSUNG TIADA APA-APA KUASA MELAINKAN DENGAN QUDRAT & IZIN DARI ALLAH SWT.

KITA SEMUA ADALAH MAKHLUK YANG BERGANTUNG HARAP 100% KEPADA ALLAH SWT.



HATTA KITA MAHU MEMBERI KEBAHAGIAAN KEPADA KELUARGA DAN TEMAN2 PUN HANYA SENYA DENGAN IZIN ALLAH SWT.



SEGALA SESUATU YANG ADA DI LANGIT DAN DI BUMI ADALAH KEPUNYAAN ALLAH SWT.



SEGALA KEADAAN DAN SUASANA PUN ADALAH MILIK ALLAH SWT DAN ALLAH SWT YANG MAHA MENCIPTAKAN SETIAP APA JUA SUASANA.



KEBAHAGIAAN



KETENANGAN



KEJAYAAN



KEGAGALAN



KEDUKACITAAN



KESEDIHAN



KEINDAHAN



KEBURUKAN



KEBAIKAN



SIANG



MALAM



HUJAN



RIBUT TAUFAN



GEMPA BUMI



BANJIR KILAT



PANAS TERIK



ANGIN BERTIUP



KEMULIAAN



KEHINAAN






SEMUA ADALAH YANG TERKANDUNG DALAM KHAZANAH ALLAH SWT.



HATTA SEORANG YANG BERILMU TAPI DIA SOMBONG,

JADI GILA PUN ADALAH KETENTUAN ALLAH SWT.



SEORANG YANG JAHIL ATAU PENGANGGUR , TAPI DIA ADA AKHLAK MENGHORMATI SESAMA MANUSIA PUN ADALAH MERUPAKAN KEHENDAK ALLAH SWT.



TIADA YANG BERLAKU DI BUMI INI ATAS DASAR KEBETULAN.



SEMUA DAH DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT.



SEMUA PERKARA YANG BERLAKU SETIAP SAAT ADALAH DALAM PERANCANGAN DAN DALAM PENGETAHUAN ALLAH SWT.



KITA SEBAGAI HAMBA YANG SANGAT LEMAH TIDAK PERNAH TAHU BERAPA JUMLAH RAMBUT YANG DAH TUMBUH, YANG AKAN TUMBUH, YANG DAH GUGUR, YANG AKAN GUGUR DARI KEPALA KITA,



TAPI ALLAH SWT MAHA MENGETAHUINYA.



KITA TIDAK PERNAH TAHU BERAPA JUMLAH DAUN2 YANG DAH GUGUR,



YANG AKAN GUGUR, YANG AKAN TUMBUH, YANG DAH HIJAU, YANG DAH WARNA COKLAT YANG TERGANTUNG DI DAHAN2 POKOK,



HATTA SETIAP BENTUK RANTING2 YANG TUMBUH DI POKOK2 SELURUH DUNIA SEMUA DI DALAM PENGETAHUAN, PENCIPTAAN DAN PENTADBIRAN ALLAH SWT.


KITA PUN SEBAGAI MANUSIA HANYA TERBATAS KEMAMPUAN UNTUK MELIHAT YANG DI LANGIT, YANG DI DASAR LAUTAN, TAPI ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI APA YANG TERKANDUNG DI LANGIT DAN DI BUMI INI.



KITA SEBAGAI MAKHLUK2 CIPTAAN ALLAH SWT TIDAK MAMPU MELAKUKAN SESUATU TANPA ASBAB.



KITA NAK BUAT KERETA YANG SEBUAH, KITA MEMERLUKAN BEBERAPA ORANG PEKERJA,KILANG YANG CANGGIH, LAMPU YANG BANYAK, SKRU YANGPELBAGAI BENTUK DAN SAIZ,PEKERJA YANG MAHIR.



TAPI ALLAH SWT MENCIPTAKAN KITA SEMUA (MANUSIA) DI DALAM PERUT IBU YANG SEMPIT, YANG GELAP, ALLAH SWT MENCIPTA BABY YANG SEMPURNA TANPA MEMERLUKAN SEBARANG PERTOLONGAN MAKHLUK2-NYA.



ALLAH SWT ADALAH ZAT YANG TIDAK BERHAJAT KEPADA MANA-MANA MAKHLUK CIPTAAN-NYA UNTUK MELAKUKAN SESUATU ATAU UNTUK MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN.



JIKA ALLAH SWT MAHU JADIKAN BANJIR, GEMPA BUMI, PANAS,HUJAN DSBNYA, ALLAH SWT TIDAK MEMERLUKAN KEPUTUSAN KEPADA SESIAPA PUN.



KERANA ALLAH SWT ADALAH ROBB YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA MENTADBIR SEKALIAN ALAM INI.



BETAPA MAHA HEBATNYA ALLAH SWT!!!!!!



BETAPA MAHABESARNYA KUASA ALLAH SWT!!!!!



KITALAH MAKHLUK YANG HINA, YANG SANGAT LEMAH DAN SANGAT2 TAKDE APA2KUASA PUN YANG BERHAJAT KEPADA ALLAH SWT.



JADI ORANG YANG BIJAK, MEREKA SENTIASA MENJAGA PERHUBUNGAN MEREKA DENGAN ALLAH SWT.

MEREKA MENJAGA AMALAN2 YANG ALLAH SWT PERINTAHKAN MENGIKUT KEHENDAK ALLAH SWT IAITUCARA YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH NABI S.A.W UNTUK MEMAJUKAN SETIAP MANUSIA @UMAT ISLAM SELURUH DUNIA,


ALLAH SWT TIDAK BERHAJAT LANGSUNG KEPADA MANA-MANA PERTUBUHAN, PERSATUAN,SOKONGAN...



TAPI KITA SEBENARNYA BERHAJAT MENJAGA SETIAP AMALAN MENGIKUT CARA KEHIDUPAN NABI S.A.W (DENGAN AMALAN2 SUNNAH KEKASIH-NYA) UNTUK MENDAPAT PERTOLONGAN ALLAH SWT SEPERTI MANA PARA SAHABAT R.ANHUMAJMA'IN DAH BUKTIKAN DALAM SETIAP PEPERANGAN SEPERTI BADAR, UHUD,KHAIBAR DSBNYA.



PERTAMA SEKALI UMAT ISLAM HARUS BERUSAHA BERSUNGGUH2 BERPERANG DENGAN HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI KEKUATAN UNTUK MENTA'ATI SEGALA PERINTAH2ALLAH SWT.



JIKA KITA TIDAK DAPAT MENGAWAL HAWA NAFSU DAN TIDAK MAMPU USAHA ATAS IMAN KITA, BAGAIMANA KITA MAHU MELAKUKAN SETIAP PERINTAH2 ALLAH SWT?


OLEH YANG DEMIKIAN, NABI S.A.W DAH TUNJUKKAN CARA BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN KEIMANAN KITA, IAITU DENGAN CARA"PERBANYAKKAN BERCAKAP TENTANG KEBESARAN ALLAHSWT, PERBANYAKKAN MENDENGAR TENTANG CERITA KEHEBATAN ALLAH SWT DAN SENTIASA BERFIKIR TENTANG KEHEBATAN DAN KEBESARAN ALLAH SWT...


APABILA KITA BANYAK MELAKUKAN INI,MAKA ALLAH SWT AKAN TARBIAH IMAN KITA DAN AKAN MENINGKATKAN KEIMANAN DAN AMALAN KITA AKAN MUDAH MENGIKUT CARA KEHIDUPAN NABI S.A.W



INSYA-ALLAH...



KITA SAMA2 AZAM AGAR ALLAH SWT BERI SAYA DAN TUAN2 TAUFIQ UNTUK AMAL, FAHAM DAN SAMPAI2KAN.(TASBIH KIFARAH)






dJ irwaNSyah

No comments: