Ku datang ke Kuala Lumpur dengan doa 'Ya Allah...aku sorang-sorang nanti, berikanlah aku seorang pembimbing.Aku takut dengan ujian di sana.' tanpa ku sedar, memang tempat ku kerja ramai nye kaum Adam. tapi ada sorang bro ni, suka tegur. 'Assalamualaikum ustazah. mesti ustazah pagi-pagi baca Qur'an kan? bagusnya pakai tudung labuh, pakai sarung kaki sarung tangan.'
biasanya pagi2 ku akan tumpang sorang encik yg berdekatan rumah utk ke ofis. tapi harapkan pagar, pagar makan padi. tibe2 je nak pegang tangan orang nak ajak pi tengok wayang. banyak cantek wayang engko. ku sampai ofis terketar-ketar takut. tak tahu nak mengadu kat sape, ku mengadu kat sorang member ofis. nak citer kat mamat pengacau tu tapi segan.
tapi keesokan ari nye dah takde encik yg tumpangkan kete tu.batang idung pun tak nampak. walau dah hampir kena sex harrassement, ku cube bersabar je le..memang masa tu susah ke senang, Allah je tempat bergantung.
nak dijadikan kebetulan, masa tengah berjalan kaki ke tempat kerja kat atas highway, tenampak kete bro yg aku anti tu kat tepi jalan. time kasih ya Allah bagi bantuan. aku tak kira la sape dia asalkan selamat sampai ke tempat kerja.
tapi Alhamdulillah rupenye mamat ni muka je cam penyangak, tp warak& alim rupanya. mulut dia rajin bercerita pasal kisah2 agama. dan dari dia jugak la ku kenal apa itu solat sunat Dhuha, Tahajjud, pose Isnin Khamis, solat awal waktu, Taalim, jemaah Tableegh..
ok..pendek citer, mmg lame2 kenal dia ni banyak membimbing ku la ke arah jalan benar.klu dulu ku datang kl blaja pakai labuh2 tutup aurat, mlalui sifu aku ni, aku blajar mendalami agama, tapi ikut cara sifu aku yg American style ni skit la.
tapi, kejutan setelah hampir 6 tahun kenal sifu ni.. kitorang bincang pasal Umar Al-Khattab.mcamane Umar r.a dari seorang yang jahil dan kejam boleh bertukar alim dan warak setelah menerima Islam sehinggakan syaitan pun taku tmendekatinya..
rupe nye sifu ku ada rahsia dia sendiri jgk. selain penah ukur jalan (mat rempit), dia juga penah jadi tauke edar ganja rupe nye..ms muda2 dulu slalu ulang-alik ke Chow Kit amik stock katanya..klu dulu mewah la duit masyuk je dapat jual barang kan..hah,,aku dengar ni rasa mcm terpana sekejap..betul ke dia ni orang yg aku kenal slama ni? mmg logik sorang jahat boleh jadi alim, tapi biasa nya citer2 drama Melayu boleh la. tapi ni realiti.huhu:(
memang mula-mula dengar tu,rasa tak boleh terima la jugak. ingat muka sifu je ingat pengganas dlm citer Contraband, ingat muka sifu je ingat citer assassin omputeh, siap mimpi sifu aku pegang parang lagi.
tapi lepas muhasabah diri, rasa mcm insap le skejap..Ya Allah, kalau orang gangster mcm dia pun boleh berubah, takkan aku nak jadi orang awam je sampai bila2..jadi Alhamdulillah, Allah bagi sedikit pengajaran ler jugak melalui kisah orang ni.
No comments:
Post a Comment