Asma Allah

Wednesday, January 18, 2012

Aku damba menjadi WANITA persis itu

Aku damba menjadi WANITA persis itu

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia, si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”


S
eorang wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya tatkala suami tidak ada di rumah, mempertahankan keutuhan (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk sentiasa dalam pujian Allah Swt.



Secara umumnya wanita seringkali dikaitkan sebagai perhiasan dunia yang menjadi penyejuk hati dan mata. Ianya menjadi dambaan setiap wanita walaupun dalam keadaan yang sempurna atau pun tidak.Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan.

Namun, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat?

Malah, seringkali kita lihat wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau terpapar didada akhbar.Mengapa harus begini bukankah wanita sentiasa menjadi pujaan setiap insan bernama lelaki sehingga kita tidak sedar bahawa bidadari syurga cemburu terhadap wanita.



Kita tertanya-tanya apakah sebabnya.... namun garis pemisahnya hanya kerana sekeping hati . Ya benar ...hanya kerana sekeping hati.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, maka kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:
" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."


Dan ketahuilah sahabat , bidadari mencemburui kesolehan wanita-wanita yang solehah dan sehingga sanggup menjadi khadam di akhirat nanti. Tidakkah kita bersyukur menjadi wanita ? Wanita solehah yang menjadi dambaan setiap wanita-wanita didunia ini.

Namun sahabat, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk digunakan oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.


Sahabat, hal ini diibaratkan bunga plastik dan bunga sebenar. Berbanding bunga sebenar, bunga plastik apabila disembur dengan pewangi lebih harum dari bunga sebenar namun harumnya tidak kekal lama. Manakala bunga sebenar tetap harum walaupun diletak dimana-mana. Tapi bunga plastik kaku dan kita tidak dapat merasai kelembutan disebaliknya.


Apabila wanita yang hatinya jauh dari Tuhan jangan terkejut kerana mereka masih mampu menjadi perhiasan dunia. Ya!! perhiasan yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya seperti cetak rompak yg mudah didapati. Natijahnya hati kaum Adam hanyut dengan perhiasan ciplak semata-mata. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Manakala Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki perhiasan sebenar bukan cetak rompak
ini kerana pastinya hidup akan ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Jadi sahabat manakah pilihan saudari? memilih untuk menjadi `bunga sebenar'??. Wanita solehah yang membawa ketenangan ataupun memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran.

Dan ketahuilah sahabat-sahbatku,Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa dan Islam itu sendiri fleksible. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Fikir-fikirkanlah sahabatku ..kita sentiasa mempunyai pilihan untuk memilih jalan yg benar InsyaAllah .
 

Hadis Qudsi
Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan.
Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu.

Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada.

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana,
Setiap Wanita itu Cantik..
~adaptasi dari insan bernama Hurul Mardhiyah ~

No comments: