|
A. Tujuan
Perkahwinan
Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat
manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah
menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan
melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu
membantu untuk mendidik keturunan.
Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat
mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang
harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani
maupun rohani.
Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana
ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman.
IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon
isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas
penyerahan itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang
mendalam.
B. Walimatul
Urus
Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur
tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah
sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:
1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah 2.
Menghindari daripada perbuatan membazir 3. Mengundang fakir
miskin
C. Hikmah
Perkahwinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga
menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan
semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan
perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya
kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan
hidupnya.
Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat
memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu
adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.
Firman
Allah SWT yang bermaksud:
" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum
wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas
sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan
sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada
Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa
syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)
Rasulullah
SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya
adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu
isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang
menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan
pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada
di rumah.
Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai
keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan
keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah
tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama
adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
D. Nikah Dengan Wanita Hamil Yang
Berzina
1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil
yang sah keturunan kandungannya.
2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil
dengan sebab-sebab perzinaan.
b. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah
tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir kecuali kandungan itu
adalah dari lelaki itu sendiri.
c. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina,
baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya
itu.
Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh
dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana
persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka
isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).
E. Mengetahui Masa Subur
Isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari)
sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan
badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat
kita bahagikan kepada 4 tahap:
a. masa haid b. masa bersih pertama; kandungan
rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk
menjadi benih. c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih,
yang akan mengberhentikan kedatangan haid. d. masa bersih kedua; masa
penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan
dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah
minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur.
Untuk mengetahui
dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa
kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum
datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu
bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.
Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki
dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur.
Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih
bila bersetubuh pada masa itu.
Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun
menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa
tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari -
jumlah hari subur.
Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12
hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.
hari 1 7 14 21 28 tahap
-- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-
F. Teori Membentuk Bayi Lelaki Atau
Perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat
Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang
bermaksud,
" Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua
yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri."
Terbuktilah
dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan
jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan
serupa.
Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul Ghaib" tersebut dengan
pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina, lelaki dan
perempuan.
Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan
kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah
randah. Kekadang letaknya di sebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel
telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya
terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan."
Menurut
keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan
oelh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu,
hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita dalam
melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan
kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut
:- Caranya :
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada
masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya
: Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri
hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak
air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke
kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.
Teori ini juga
merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di luar
batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan
berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i Beyk dari
Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus Zaujiyah
wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan
setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan
dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B
sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan
lahir kelak, insyaallah lelaki.
Teori ini amat praktis dan mudah
dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila
telah mencuba.
G. Amalan Suami Semasa Isteri
Mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh
suami ketika isteri mengandung :- a. Suami hendaklah banyak bertaubat
kepada Allah SWT b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang
ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam
Al-Quran tersebut. c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis
dll. d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah. e. Elakkan
pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. f. Rajin menghadiri majlis ilmu
dan orang-orang soleh. g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin
hubungan dengan isteri h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga
dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba. i. Banyak
membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam
kandungan. j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak
anak yang akan lahir nanti. k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah
dan benci pada isteri. l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin,
Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat
Kursi.
H. Adab Suami Ketika Isteri
Sedang Mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah
benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat
sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang
sedang mengandung :-
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang
terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. b. Hendaklah
berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam
terhadap isteri. c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang
berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. d. Jangan mudah mengeluarkan
perkataan talaq kepada isteri. e. Ketika isteri hampir bersalin, suami
digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu
minadzolimin " maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha
Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim.
" f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak
dalam kandungan selamat.
I. Dorongan Suami Semasa Isteri
Bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan
penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak
terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap
isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan
bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan
selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah
bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap
wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya
bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa.
Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita
mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga
dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha
mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi diwaktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami
terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah
pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan
dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat
itu.
J. Mengapa Bayi Lahir Menjadi
Kenan
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai
kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu
adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya
selama 9 bulan itu cacat atau kenan.
Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya
mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada
ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan
sebagainya.
Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan
melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian
ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu
dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan
normal.
Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan
menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister
melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu
sebaliknya.
K. Tanggungjawab Bapa Terhadap
Kelahiran Anak
1. Menanam uri Kebanyakan daripada kita
tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima
ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri,
klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat
swasta.
Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon
yang terkandung didalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat
kecantikan dan solekan.
Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong
sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat
penting kepada bayi.
Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri
dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini
adalah baik kerana menghargai sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan
diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri.
Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak
tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak Usaha membesarkan dan
mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat
dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta
pertolongan kepada Allah.
Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan
orang yang berdoa:- a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan
bahawa Allah SWT itu dekat. b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat
perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT. c. Supaya doa itu diterima Allah
SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran
Allah. d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah
SWT. e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah
akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus
asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak
mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah :
128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar
diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap
mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama
anak
4. Panduan menamakan anak Sunat
memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anak merupakan cermin
keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan
harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.
Masa memberikan nama
dan orang yang berhak memberikan nama.
- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka
memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari
sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan
aqiqah.
- Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya
ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama.Menurut
Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran
menjelaskan supaya anak dinasab kan kepada ayah bukan ibu.
Pemilihan nama
yang utama - Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama
tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda
yang maksudnya: " Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah
suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits
dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab
Al-Jasyimi)
- Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan
selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang
makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi
SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.
- Nama
seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama,
sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang.
- Tidak
boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak
kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.
- Tidak boleh
menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan
sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu
nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut
makruh dipakai untuk nama anak.
- Rasulullah menganjurkan kepada
seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama
anak-anak.
Memberi gelaran kepada anak - Adalah sangat terpuji memberi
gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak.
Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh
memalukannya.
5. Penyembelihan aqiqah Untuk mensyukuri kelahiran anak,
agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing
bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut
sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari.
Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama,
hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat
memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
Hikmah
aqiqah. a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh
Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai
harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah. b.
Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru
lahir. c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada
orang tua mereka kelak. d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap
anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi. e.
Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong
korban iaitu membaca Bismillah. f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak
diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk
menikmatinya dan ini lebih terpuji. g. Umur binatang aqiqah yang disembelih
adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat. h. Tidak sah
apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor
kambing. i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang
menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau. j. Diutamakan memotong aqiqah
atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya
diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah. k. Penyembelihan
terbaik dilakukan sesudah matahari terbit. l. Sesuatu yang terpuji pada
pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya
disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri
sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan. m. Tidak
diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus
disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah. n.
Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah
untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah
melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul. o. Sebelum
dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi.
Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir
miskin.
6. Mengkhatankan anak Berkhatan atau bersunat harus dilakukan
untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus
dibersihkan.
- Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan
Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.
- Khatan Nabi Ibrahim
Dan Rasulullah SAW Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau
khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat
mengatakan Raulullah dilahirkan sudah berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan
baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.
- Hikmah dan kelebihan
berkhatan a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan
syariat Islam perlu dikerjakan. b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai
dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan
diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT. c. Sering digunakan sebagai
perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam. d. Dari aspek kesihatan, ia
boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang
syahwat. e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari
dihinggapi penyakit kelamin. f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang
dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang
disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam.
7. Mendidik moral anak Memberikan pendidikan
kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 -
19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur b. Pendidikan
supaya jangan mempersekutukan Allah c. Pendidikan supaya berbakti kepada
orang tua d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan
sebaliknya. e. Pendidikan tentang solat f. Pendidikan tentang amar makruf
nahi mungkar g. Pendidikan supaya bersabar h. Pendidikan supaya jangan
sombong dan angkuh i. Pendidikan kesederhanaan
L. Erti Anak Bagi Orang Tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila
dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang
amat berat yang harus dipikul.
Anak amat bererti pada ibubapa,
antaranya:
01. Anak sebagai rahmat Allah SWT 02. Anak
sebagai amanat Allah SWT 03. Anak sebagai harta yang tergadai 04. Anak
sebagai penguji keimanan 05. Anak sebagai alat untuk beramal 06. Anak
sebagai saham di akhirat 07. Anak sebagai sumber kebahagiaan 08. Anak
sebagai tempat bergantung di hari tua 09. Anak sebagai penyambung
cita-cita 10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
|
No comments:
Post a Comment