My beauty day:-Ta'alim Masturat |
Weekend lepas saya berkesempatan membawa seorang adik ke Sri Petaling untuk mengikuti ta'alim masturat . Taalim masturat ni biasanya dihadiri oleh isteri-isteri karkun (karkun ni lelaki Muslim yang mengikuti jemaah Tableegh).dah hampir 3 tahun saya cuba mencari jemaah masturat ni tapi sebab takde channel nya, saya pendamkan hasrat..dan Alhamdulillah selepas Allah temukan dgn kakak angkat saya, maka jalan terbuka untuk saya join taalim masturat ni (sebab kakak angkat ku seorang isteri karkun). Masturat dibuat di rumah seorang ahli jemaah perempuan area sri petaling tu juga. Taalim ni maksudnya lebih kurang belajar atau ambil tahu. Majlis ilmu ni boleh dihadiri oleh semua kaum perempuan tak kira siapa pun dia..dan apa yang saya suka ialah isteri2 karkun ni almost 100% berniqab dan pakai all in black inshaAllah..dan disebabkan minat saya yang makin mendalam dalam pemakaian niqab ini lah saya mendekati diorang. kenapa saya minat niqab? Selain mendapat hidayah dari Allah, it is also a sign of taqwa and Mustahhab (Mustahhab means recommended, but not obligatory. You will be rewarded if you do it, but not punished if you leave it. In the Fiqh terminology it is sometimes substituted with the word "Mandub" and when derived directly from the Prophetic ahadith it is called a "Sunnah"). Pemakaian niqab/purdah tidak wajib bagi Mazhab Syafi'e, tapi sebab selepas buat kajian(about 2years), saya mendapati isteri Rasulullah saw mengenakan niqab (the face veil)..jadi sebab nak cuba mengikuti sunnah Nabi, dan mencintai juga akhlak Ummul Mukminin Aisyah r.a, so i crossed the world dan mengetepikan segala keluh-kesah di sekeliling yang mempunyai pelbagai pandangan mengikut iman masing-masing, dan saya stick with my own view about niqab.
The beauty of Muslim Woman |
Walau di Malaysia ramai yang tak meminati malah mengecam fahaman jemaah tableegh dan juga tak bersetuju dengan pemakaian niqab, tapi saya rasa, selagi saya takde hutang dengan diorang, jadi saya tak kisah apa orang nak kata atau fikir. yang penting deeply in my heart, I know Allah loves me to wear niqab. tentang jemaah tableegh pula, saya punya pendirian, saya tak anti dengan mana-mana pihak dan juga tidak fanatik, saya boleh join mana-mana aktiviti pun selagi tak bercanggah dari syariat agama Islam, cuma saya rasa senang dengan jemaah tableegh ni sebab mereka usaha untuk hidupkan sunnah Nabi dalam setiap rutin hidup mereka..mungkin ada kelemahan di mana-mana sebab selagi bernama manusia, memang akan ada kekhilafan atau kesilapan yang akan dibuat. tapi selagi kita cuba mengikut Qur'an dan sunnah, Allah akan guide kita ke jalan yang diredhai Nya, cuma kena yakin dan selalu bersangka baik dengan Allah la. sebab Allah bertindak mengikut persangkaan hambaNya.
I am Muslim..and am so proud to be a Muslim Alhamdulillah! |
Untuk melihat Islam sebenar, jangan lihat amalan orang Islam Malaysia, sebab orang kita yang solat pun 20% sahaja mengikut kajian yang pernah dibuat oleh Jabatan Agama Islam. Nak tengok culture Islam di tanah Arab, tanah kelahiran Nabi saw sendiri pun saya sudah tak yakin, sebab mereka sudah jauh juga menyimpang dari Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Jadi dalam keadaan samar-samar mencari siapa yang saya boleh ikut, parti politik mana yang boleh saya sokong, dan cara hidup macamane yang patut saya amalkan, jadi saya mula nampak, kalau nak Islam yang sebenar, jangan pandang zaman moden ni, sebab manusia dah banyak yang hanyut oleh kemodenan,, tapi pandanglah ke belakang, iaitu semasa zaman Rasulullah saw dan para sahabat, zaman kebangkitan Islam...look back to see the people follow AL-QURAN and SUNNAH inshaAllah..jadi jangan hairanlah apabila ramai tidak setuju dengan apa yang kita buat, sebab umat Islam akhir zaman ni seperti buih-buih air di lautan banyaknya, tapi yang betul-betul mengikut Quran dan sunnah itu tidak ramai. jadi dengan penuh keyakinan saya ingin memberitahu, saya tidak follow sesiapa , tapi saya follow Quran dan sunnah. dan saya tidak dimiliki oleh sesiapa, kerana Pemilik saya ialah Allah Rabbul Alaamin..
Umat Islam akhir zaman ni seperti buih-buih air di lautan banyaknya |
Kakak angkat cakap, nak tahu apa yang Al-Qur'an bagitau, tengoklah Rasulullah saw.. Jika kita beli new equipment, of course akan ada manual book cara-cara menggunakan equipment tu kan. So manual manusia apa dia? Al-Qur'an lah manual kita, SOP kita, Work Instruction kita..macamane nak jalani kehidupan kat muka bumi ? rujuklah Al-Qur'an&Al-Hadith..Allah bagi kita role-model untuk kita lihat sendiri tatacara atau prosedur yang betul untuk menjadi seorang hamba Allah dengan menganugerahkan kita seorang Nabi dan Rasul iaitu Nabi Muhammad saw..jadi walaupun berbalam-balam line depan kita, berpusing-pusing track kita, bertukar-tukar pemandangan sekeliling kita, berpusu-pusu orang lalu-lalang depan kita, masa bergerak laju tak sempat kita kejar,, jangan risau, sebab kita bawa bersama kita Quran dan sunnah, ikut je dua perkara itu dengan penuh keyakinan, inshaAllah sampailah kita ke destinasi yang dituju iaitu kampung akhirat..
Al-Quran&Sunnah is our manual |
Selepas ke ta'lim masturat saya dan adik yang saya bawa singgah sebentar di rumah kakak angkat berhampiran masjid sri petaling. Alhamdulillah rasa tenang dan sejuk bila memasuki rumahnya. Mungkin keberkatan dalam rumah tu yang buatkan suasana sejuk, selain air-cond le..dan kagum juga melihat sebuah rumah orang yang berjawatan tinggi dan berpangkat, tetapi sangat simple rumahnya, tak dipenuhi perabot mahal tapi penuh dengan buku-buku dan perabot yang simple untuk keperluan sahaja. kata-kata kakak yang saya quote ialah, buat apa pakaian banyak-banyak pakailah apa yang ada. kalau banyak sangat pakaian pun Allah soal nanti dengan pembaziran kita. Pinggan mangkuk kat dapur pun guna je semua buat apa nak simpan-simpan dalam kabinet. rumah dia terbuka untuk aktiviti jemaah..kat dalam rumah untuk perempuan dan kat luar untuk orang lelaki. dalam bilik anak-anak pun guna tilam je takde katil-katil empuk. saya rasa senang dengan suasana macam ni. sebab susah nak jumpa. biasa nya kalau saya kenal orang berpangkat dan berharta , rumah besar kereta besar tersergam indah, pakaian pula bertimbun-timbun banyak dan perabot-perabot mahal biasanya akan menghias rumah,,sesuai dengan kemewahannya..cara bercakap pun biasanya takkan lari dari menceritakan kehebatan dan kemewahan yang ada..lupa semua tu pinjaman smentara dari Allah. dan lupa atau tidak amik tahu bahawa ada hak orang lain dalam harta-harta yang bertimbun itu.
Afghan Girl |
Kakak juga menceritakan kat berhampiran madrasah ada sebuah rumah besar milik hartawan. dia salah seorang yang menyumbangkan pembangunan madrasah. tapi ada orang pernah terserempak dia sedang mencuci toilet surau. Subhanallah! Menitis air mata ler..kita ni gaji ciput je tapi angkuh dan sombong dengan Allah. Jarang bersyukur dengan Allah. nak ke masjid pun jarang apa lagi nak cuci toilet masjid.
Cintailah rumah Allah..jadikan juga rumah-rumah kita seperti cawangan masjid dengan mengadakan taalim,zikir dan solat-solat sunat.. |
Dan sebelum balik juga my new friend (anak ke2 kakak angkat saye) hadiahkan sebuah buku, contengan Jalanan Hlovate. belum dapat kupas lagi isi kandungan nya sebab baru mule baca semalam. but thanks so much to all these good, nice and warming people for cheer up my day with Allah blessing.
A gift from my new friend, Dalila.thanks so much:) |
Hari ini juga(Sunday 26th Feb 2012) adalah hadiah kecil dari saya untuk adik Hadira. lepas ni mungkin dah susah nak jumpe dia sebab dia dah nak balik kampung Perak..tapi rasa gumbire dapat gembirakan nye:) Alhamdulillah Allah berkati harinya dengan menghadiri majlis ilmu yang inshaAllah ditemani oleh para malaikat yang berkejaran datang dengan sayap menebar luas sampai ke arasy, untuk ikut serta dalam majlis ilmu.
Dan dari jauh rumah-rumah yang mengadakan majlis ilmu bersinar bagai bintang-bintang di langit Subhanallah.. |
2 comments:
mk suke bace...besh :)
x rase panjang mimy?
mungkin dlm satu2 entry,kite bley tulih se simple yg mungkin kn..dgn satu2 topik...
mungkin boley pecah2kn topic,jd asing2 kn...
jd..pembace x hilang fokus utk tajuk.. seterusnye sng nk dibwh berdiskusi..
Wallahua'lam..komen mk je tu mimy..mungkin x relevan..hehehe..
(jd tukang kepochi je lebih)
orait will try to make it padat&simple inshaAllah...tempat kite, kite tak tahu ok ke tak kabn.sebab tu kena minta komen dari auditor luar baru tahu.hehehe
Post a Comment